Oleh: Jalod | 29/09/2009

10 Tanda Hamil


hamil3Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mulai terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak menyadari diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mulai merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir juga masih tidak merasakan gejala apa-apa. Sehingga beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah ini terdapat beberapa tanda-tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tidak langsung!

1. RASA LAPAR YANG BERPANJANGAN
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walau bagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Sekiranya janin sudah mulai terbentuk dan rahim yang semakin membesar mulai menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. MERASA TAK BERSEMANGAT
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bersemangat adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. SAKIT DAN TEGANG PADA BUAH DADA
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, mirip dengan ketidak nyamanan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. PENDARAHAN IMPLANTASI DAN SENAK PADA ARI-ARI
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj (vagina) dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama sewaktu pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. RASA MUAL DAN MUNTAH
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mulai merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.

8. SUHU BADAN TINGGI BERPANJANGAN
Sekiranya anda memang sedang membuat pemeriksaan dengan mengambil suhu badan anda setiap pagi, anda akan mendapati kenaikan suhu badan secara konsisten melebihi biasanya sejak dari hari pertama ia naik.

9. PERIODE HAID SUDAH MELEBIHI BIASANYA
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani uji/test air seni untuk mengetahui kehamilan.

10. UJI/TEST AIR SENI YANG POSITIF
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada uji air seni, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Datanglah ke doktor untuk berkonsultasi dan memastikannya.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: